BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

CUACA MENDUNG SEJUK MENTENTERAM KAN PERASAAN YANG SEDANG SUNYI

SUNYINYA SEKUNTUM LAVENDER

Sunday, December 19, 2010

Deep down in my heart, you are my everything

Saat aku melabuhkan punggung ku menulis entry ni..dengan suasana bilik yang begitu dingin dengan hujan renyai-renyai membasahi bumi ciptaan Allah SWT..hati aku begitu sayu sekali.. tambahan pula bila lagu alexender desplat..the meadow dimainkan..

entah kenapa..bila aku tulis blog sunyinya sekuntum lavender hati aku begitu sayu sekali..kadang-kadang aku sendiri menangis apa bila kenang kenangan lalu yang banyak aku tulis dalam blog ini..jatuh bangun aku sebagai seorang yang bergelar hamba kepada tuan empunya alam..

sunyi sayu sahaja bila aku lihat blog ni..bangkit kan semua kenangan aku dengan dia kala aku membaca 1 per 1 entry di dalam blog ni..blog yang tersergam sayu dengan kata-kata kekecewaan dari seorang insan bergelar lelaki..


ada betul juga cakap sahabat aku..kekecewaan tak semestinya selamanya..kita harus bangkit dan terus dengan kehidupan hari hari seterusnya..tapi entah la..aku sendiri bingung..
bingung..

kesibukkan aku mengejar cita-cita membuat kan aku lupa dengan kekecewaan yang pernah berlaku dalam hidup aku ini..kadang kadang aku sendiri menyibukkan diri..supaya aku dapat melupakan segala tentang dia..tapi..Allah maha kuasa..setiap saat setiap detik dan waktu..hanya diri nya sahaja didalam hati aku.. tak mudah untuk aku melupakan diri dia..adakah aku layak cari pengganti..

haha..

geli juga aku hati aku ini bila rakan-rakan aku pernah terpanculkan idea yang sememang nya layak untuk aku..
tapi siapalah aku untuk cari pengganti..aku bukannya artis..aku bukan filmstar..yang mempunyai rupa paras yang bergaya.. hahaha..

Andai Takdir aku dengan dia tak bersama..aku terima itu dengan hati yang terbuka..tapi percaya lah..


JIKA DIA ADALAH MILIK AKU

Deep down in my heart, you are my everything
SUNYINYA SEKUNTUM LAVENDER

Sunday, November 14, 2010

Entry Untuk Kakak



Kakak,

Adik hanya mampu berdoa dihadapan Al Qur'an Nur Karim ini,
dengan hati yang penuh dengan harapan agar doa-doa adik ini dimakbulkan Allah Supaya kakak sihat seperti selalu.Tiada cara lain lagi yang adik mampu lakukan.Hanya berharap dan Berdoa kepada yang maha kuasa.

Kakak,
disaat adik menulis entry ini,air mata adik mengalir tanpa henti,adik sayang engkau kakak.. segala nasihat dan segala teguran dari engkau,marah engkau,leteran engkau,masih lagi terngiang-ngiang di dalam lubuk telinga adik ini.. Adik harap engkau kuat kakak..

Kakak,
adik hanya mampu kirimkan doa sebagai pengiring di saat engkau terbujur kaku sekarang.

Kakak,

Engkau perlu kuat,kuat..
Ya Allah,engkau berikanlah kekuatan kepada kakak ku Ya Allah, Ya Allah..engkau kuat kan lah dia Ya Allah,Ya Tuhan ku.. sesungguhnya hanya padamu sahaja yang aku dapat meminta.. dan hanya padamu sahaja aku mampu berserah.. Ya Allah kala saat ini jiwa aku sangat-sangat berkecamuk..
BERKECAMUK memikirkan keadaan kakak aku..Ya Allah..

Kakak,
adik tak pernah menyesal mengenalimu,malah adik bersyukur,kerana kakak banyak mengubah adik, disaat ini juga adik merasai kesunyian, kesunyian tanpa nasihat,teguran darimu, walaupun kadang-kadang,adik sendiri merasa bosan..
tapi pada masa ini,saat ini,ketika ini, adik sangat merindui
teguranmu,

nasihat mu.
leteranmu,(basah pipi adik tulis entry ni)..

adik tahu,adik ni sangat nakal,
kakak selalu suruh adik berubah,dan selalu cakap,jangan banyak main,
semua nasihat tu sekarang,sedang bermain-main didalam pemikiran adik sekarang..

Kakak,
adik nak kakak kuat,kuat ye..
adik sentiasa berdoa untuk kakak, bukan adik sahaja.. malah semua..

Kakak,

adik harap satu hari nanti kita boleh berbual-bual seperti selalu,

kita boleh bergelak-gelak seperti selalu, ye kakak..

Kakak,
apa yang adik nak katakan sekarang,

ADIK SANGAT SAYANG KAKAK..

SUNYINYA SEKUNTUM LAVENDER

Monday, November 1, 2010

Iron & Wine: Flightless Bird, American Mouth

Iron & Wine: Flightless Bird, American Mouth Lyrics





Saturday, October 30, 2010

Dirimu Sentiasa Didalam Hati

Dalam cuaca yang MENDUNG diikuti HUJAN ini..DINGIN sahaja aku dapat rasa kan melingkari seluruh bilik aku ini..

hehe.. Aku tersenyum bersendirian apabila lagu Flightless Bird , American Mouth berkumandang di dalam telinga aku sehingga mengetarkan gegendang telinga ini..

hehe..

banyak kenangan istimewa lagu yang penuh dengan makna dan juga kenangan antara Aku Dan Kamu lagu yang membuatkan aku asyik mengingati tentang dirimu sahaja.. kadang-kadang aku sendiri tak faham kenapa aku masih teringat dirimu lagi..

hehe..
mungkin itu adalah 1 kenangan yang paling manis bagi aku dan susah untuk aku lupakan..
kehadiran kamu memberi seribu 1 makna bagi aku.. banyak memori indah yang aku kongsi bersama kamu.. aku sangat merindui kamu kala cuaca sekarang yang banyak mengimbau memori kita bersama..
aku betul sangat merindui kamu..

sangat, sangat merindui kamu..
susah untuk aku menipu diri aku ni, gerak hati yang mengatakan YA..

aku betul sangat MERINDUI kamu..

DAN

aku juga betul merindui GELAK TAWA mu..

aku juga betul merindui SENYUMAN NAKAL mu..
aku juga betul merindui SUARA mu yang begitu MANJA yang selalu membisik di telinga aku ini..

dan aku juga betul merindui sikap kamu yang banyak MENGAMBIL BERAT kepada diri aku.. susah untuk aku lupakan semua itu..

hehe..

tersenyum lebar juga bila aku asyik mengenangkan dirimu selalu..

walaupun sedikit terpalit dengan kedukaan dan kepahitan yang susah untuk kamu lupakan dan aku lupakan.. tapi kenangan manis yang telah aku lalui bersama kamu adalah satu kenangan paling istimewa..
dan tak akan aku LUPAKANNYA..


hadirmu banyak memberi makna kepada aku..

hadirmu juga banyak merubah aku..

segala nasihat kamu,
berkongsi cerita bersama-sama kamu,
banyak memberi makna kepada diri aku..
semuanya akan tersemat didalam hati aku ini.. kenangan yang susah untuk aku lupakan..

sekarang yang tinggal..
yang tinggal hanyalah nama mu..

NAMAMU YANG TERSEMAT DIDALAM HATI AKU UNTUK SELAMA-LAMANYA..


SUNYINYA SEKUNTUM LAVENDER

Tuesday, October 26, 2010

Pagi Yang Mendung..

Pagi ni cuaca diluar mendung.. setiap kali cuaca mendung begini pasti mengingat kan aku tentang blog sepi aku ni.. entah ape yang aku nak tulis untuk entry kali ni.. jiwa aku kosong sangt..

hmmmmmmmmmmmmmmm(keluhan panjang)

ssh nak aku ktakan..
tapi itulah..
ape yang sedang aku pikir ni pun aku tak tahu.. dan apa yg aku ktakan ttg apa yang aku nak ktakan ni pun tak tahu.. cuaca mendung dengan tiupan angin merasai pipi dan seluruh tubuh aku ni.. badan aku menjadi longlai..

kesejukan angin yang bakal membawa kepada hujan.. sudah dkt 2 minggu aku meninggalkan blog ni tanpa sebarang entry.. jiwa aku kosong.. tak tahu aku nak cakap.. kadang2 aku bercakap dgn perasaan aku,jiwa aku,seperti orang gila..

urrmmm..


dalam keadaan dan susana sekarang.. sambil ditemani lagu kegemaran aku..(the meadow).. sayu dan sunyi kembali meliputi jiwa kosong aku..
kadang2 aku pun pelik.. kenapa aku harus sunyi.. kenapa aku harus sepi bersendirian..
hey come on laa..

sampai bila harus aku jadi bergini..

aku tahu ramai kawan2.. aku anggap aku sebagai seorang yang gila2, ceria.. tapi gila2 di luaran tidak sama di dalaman..
apa yang aku rasa..

hmmmm..
hujan sudah pun turun dgn lebat..
aku suka suasana yang sejuk bergini..
tenang..
mendegar bunyi hujan..
tenteram pada diri aku ni..

hmmm
..(masih mengeluh)
ssh nak tafsir diri aku ni..
aku diibarat seperti..

SUNYINYA SEKUNTUM LAVENDER..

Sunday, October 17, 2010

Hari Yang Mendung, Hati Yang Sepi


Pemikiran aku masih lagi sedikit bercelaru,
kisah yang lama masih lagi bermain-main di sekeliling kepala hotak aku yang memang kusut..

perasaan begini bisa merosakkan separuh jiwa aku yang sedang sunyi..dan susah untuk dimengerti..

tafsir di alam mimpi tidak sama seperti realiti..

Sampai bilakah aku harus bergini??
masih bersembunyi didalam kepopong kehidupan yang sepi dan sunyi..

errrmm

bermonolog sendirian,
seperti orang menangih cinta sejati..

arrghh..

KUSUT
KUSUT..

mengomel lagi di dalam hati tiada siapa dapat mendengari..
kenapa aku tak menjerit pada dunia yang aku ni dalam keadaan sunyi..

KENAPA..
Kenapa ego aku masih kuat..
kuat dengan menyalahkan diri dia..
walaupun kesalahan dia tidak sebesar mana..
tapi aku tetap ego..

ego itu pemusnah segala-galanya..

SAYANG...
"sayang adakah aku ni begitu kejam kepada mu??
"sayang adakah kau bisa memaafkan aku??

andai dapat aku memegang pipi lembut dia..
akan aku usapkan dengan penuh kasih dan sayang..
aku pasti air mata nya yang berkilau bagaikan kaca itu akan mengalir dengan rasa yang penuh

GERAM
PASRAH
KECEWA

KECEWA
dengan apa yang telah aku lakukan..

Maafkan aku sayang..
Maafkan aku..

Aku tahu bukan mudah untuk kau lupakan apa yang telah aku lakukan..
dan aku tahu kau juga turut merasai rindu,

Rindu belai,gelak tawa, dan kasih sayang..
tapi
dalam dirimu sayang..
penuh dengan rasa kecewa..

aku banyak berdosa..
berdosa dengan apa yang telah aku lakukan..

Ya Allah..
aku berdoa kepadamu Ya Allah Ya Tuhanku..

aku tahu aku bukan jodoh terbaik kepada dia Ya Allah..

Ya Allah..
kau temukan lah dia dengan seorang insan yang jauh lebih baik dari aku..

Ya Allah kau buangkan lah rasa kecewa di dalam hati dia Ya Allah..
kau buang kan lah rasa hati yang sedang pasrah dengan apa yang telah aku lakukan kepada dia Ya Allah..

Kerana kau sahaja yang mampu lakukan semua ini..
aku hanya hambamu yang banyak melakukan kesilapan..

(mengalirnya air mata membasahi pipi)

errrghhh..

aku harap dia bahagia dengan kehidupan dia..

SUNYINYA SEKUNTUM LAVENDER..

Friday, October 15, 2010

Tanpa Dirimu Aku Hanya Manusia Tanpa Cinta


Aku masih teringat tentang dia..
urrmm

jiwa aku,
perasaan aku,
masih lagi bercelaru..
cerita yang sudah lama berlalu masih lagi segar dalam ingatan..

dan kenapa aku masih lagi tak boleh menerima orang lain dalam hidup aku ini..
kadang-kadang aku rasa
aku tak mahu orang lain merasai apa yang telah dia rasa atas perbuatan aku ni..


3 soalan yang aku sendiri bertanya pada diri aku ini:-

KENAPA AKU MASIH LAGI TAK BOLEH MELUPAKAN DIRI DIA??..

KENAPA AKU TAK BERI PELUANG KEPADA ORANG LAIN??

KENAPA AKU NI JAHAT SANGAT!!

aku tahu..
aku sendiri yang meminta perpisahan ini..

aku tahu dia turut sakit..
sakit dengan apa yang telah aku ucapkan..
walaupun aku tahu dia telah banyak mengalirkan air mata disebabkan aku..
Berpuluh - puluh kali dia meminta maaf kepada aku..
kesalahan yang sebesar zarah..
aku langsung tak peduli..
ternyata ego aku sangat kuat..

arrghh!! kejam nye aku..
(sekarang baru aku tahu perasaan dia)..


ya..aku akui..
aku sangat kejam..
kejam dengan apa yang telah aku lakukan..

apa yang telah aku lakukan terhadap dia..
aku ibarat orang yang lansung tiada perasaan..
dan aku langsung tak pemikirkan perasaan orang lain..
betul cakap abang,kakak..
ego aku sangat kuat..
kuat mengalahkan kereta kebal..
hmmm..

KEJAM KAH AKU..
KEJAM SANGAT SANGAT KAH??..

bila dah jadi keadaaan begini..
aku sendiri menjadi keliru..
keliru dengan apa yang aku lalui..

urrmmm..

arrrrghhh!!

sebagai orang Islam..dan Mencintai Islam sebagai Agama Ku..
berhadapan masalah bergini,
Aku hanya Percaya satu sahaja..
Dengan berpandukan Agama..
salah satunya dari Rukun Iman percaya pada Qada & Qadar..
kalau sudah tersurat ada jodoh antara aku dan dia..
tak ada apa yang perlu aku risaukan..

TAPI..
TAPI...

kalau itu suratan adalah sebaliknya siapa aku nak melawan..
Tapi itu bukan bererti aku harus pasrah pada takdir..

YA ALLAH..
sekiranyaa aku bukan jodoh terbaik untuk dia, kau temukan lah dia dengan orang yang lebih baik..
dan aku doakan dia supaya dia bahagia dengan kehidupan yang dia lalui sekarang..

Aku sentiasa berdoa agar Allah SWT memberi kesabaran, dan juga memberi pertunjuk dengan apa yang telah berlaku..

AMIN..

Thursday, October 14, 2010

DiniHari Yang Dingin


Pagi hari yang dingin dan sayu..

jam sudah menunjukkan tepat pkul 4.47 minit pagi..
entah apa yang aku mimpi sampai terjaga dari tidur aku pun tak tahu..
urmm..

macam biasa kalau aku nak tulis entry di blog ni aku mesti ditemani oleh lagu kegemaran aku..
the meadow..

lagu yang memberi seribu 1 makna bagi aku..
disitu letaknya gembira aku..disitu letaknya sedih aku..
semua kenangan ada disitu..
dan di blog usang ini..

cuaca diluar hujan..
hujan lebat ditemani cahaya guruh memancar terus ke tingkap bilik aku..
sejuk..
sejuk..

blog usang ni menjadi kenangan aku banyak menceritakan perihal, perasaan aku..
hmm..

aiihh..
apa laa yang aku merepek di pagi-pagi hari ni..
blur nyee..
tapi
apa yang aku merepek ni lah diri aku..
dan disini juga adalah aku..
aku dan SUNYINYA SEKUNTUM LAVENDER ibarat mencerminkan diri sendiri..

itulah aku..

Wednesday, October 13, 2010

Sendirian

Sudah sebulan aku tinggalkan BLOG USANG ni..
sepi lagi seribu bahasa tanpa ada sebarang berita..

memang sekarang aku tengah sibuk..
sibuk mengerjakan kerjaya..

TAPI..
TAPI..

hari ini hati aku berdetik untuk buka kembali nota-nota usang yang aku tinggal kan di blog ini..
bukannya aku lupa..
tetapi aku tak mahu mengingati lagi kenangan lama yang banyak mengajar aku erti sabar..
sabar.
dan banyak kan bersabar..
dan redha..

susah untuk aku ungkap perasaan aku yang aku sendiri kadang-kadang tak memahami..
memang serabot..

hari ni bertarikh 12/10/2010
cuaca hari ini begitu mendung..hujan renyai-renyai membasahi bumi ciptaan Allah yang Esa..

sejuk dan nyaman itu sahaja yang boleh aku gambarkan..
selalu nyaa suasana begini aku lebih suka duduk di dalam bilik aku..sejuk saja..
tapi hari ni aku berada diruang tamu..
mcm biasa dengan komputer riba aku..
menulis blog agam aku yang sunyi..

SunyiNya Sekuntum Lavernder..

Tuesday, September 7, 2010

Semaikan Sayang, Sulamkan Rindu (Angin Rindu)

Semalaman aku tidak dapat melelapakan mata aku ini,,
entah kenapa dengan secara tiba-tiba aku ingatan aku kembali mengingati kisah silam aku dan dia..

kalau nak ikutkan sepatutnya aku dah bahagia dengan kehidupan aku sekarang,,
kerana itu yang aku mahukan..
Tapi itulah,,
mungkin kuasa Allah SWT juga membuatkan aku teringat kembali tentang kisah aku dan dia,

kalau dulu,
dialah segala-galanya bagi aku,
dia diibaratkan seperti matahari yang menerangi kehidupan aku dikala siang hari,
dan apabila malam dia seperti cahaya bulan yang setia menerangi kehidupan aku,,

urrhhmmm..

pernah juga aku terfikir apa kesalahan dia sehingga aku sanggup meninggalkan dia begitu sahaja,,
air jernih yang menggalir dipipi nya langsung tak aku hiraukan,,
aku bergitu EGO..
EGO
EGO aku begitu kuat sekali,,

aku tak sepatutnya buat dia begitu,,
AKU KEJAM..
KEJAM..

tapi,,

ADAKAH DIA BAHAGIA SEKARANG??
bahagia dengan kehidupannya..
ADAKAH DIA MASIH MENGINGATI AKU??
mengingati aku seperti mana aku mengingatinya sekarang..

mungkin dia sekarang sudah mempunyai kehidupan sendiri yang jauh lebih bahagia..
dan mungkin juga dia masih merindui aku

sekiranya dia masih lagi merindui aku seperti mana aku merindui dia sekarang,,
ohh, angin kau tiupkan lah bayu rindu aku kepadanya..

belailah pipinya dengan bayu sang perindu ini..

semaikan sayang,, bersulamkan rindu..
itu lah kata-kata yang pernah diberikan oleh dia kepada aku,,

sekarang hanya yang aku mampu ucapkan ialah
aku sentiasa menyebut namamu di dalam setiap doa-doa aku..




Wednesday, August 25, 2010

Belukar


Sudah lama aku tinggalkan Taman Sepi ini,berdiam diri seribu bahasa tanpa menjengguk langsung..rasa nya banyak belukar dan semak samun..namun bila hati mula rasa gundah belukar dan semak samun yang ada aku cantas kembali dan disini lah tempat aku melepaskan segala apa yang aku tidak puas hati..

hmmm..
mungkin ada benar juga cakap seseorang tu..aku menggunakan SUNYINYA SEKUNTUM LAVENDER ini sebagai tempat aku melepaskan geram semata-mata..

jadi sekarang aku ingat nak buat SUNYINYA SEKUNTUM LAVEND ini sebagai tempat aku boleh bercerita..

b'cerita tentang HATI dan PERASAAN..

hhahahaha..

kelakar juga aku ni..aku ni ada perasaan ke..

hmmmm..

hehe..

Sunday, June 20, 2010

Pagi Suram Diikuti Gerak Hati Yang Sayu

Pagi Bertarikh 21/6/2010..

Pagi Ini Cuaca Begitu dingin dan hujan, suasana gelap malap..

aku berada diruang kaca sliding door yang menghadap ke kolam..

hati aku bergitu sayu mengenang nasib diri aku..
dua tiga hari lepas memang aku buntu-buntu sangat..sampai aku rasa tak nak berdepan dengan sesiapa..
alhamdulilah..
setelah mama aku call dan dia menerima kegagalan anak lelaki sulung nya ini..
dia cakap dekat aku supaya tidak berputus asa..
ada hikmah disebalik apa yang terjadi..
hati aku bergitu sayu mendegar nasihat daripada seorang yang bergelar ibu lalu aku menitiskan air mata..
air mata jernih mengalir ke pipi dengan perlahan..
dan mama aku berpesan lagi..
supaya aku harus tabah dengan apa dugaan yang Allah berikan dan harus banyak berdoa..
berdoa dan terus berdoa supaya dapat ppertunjuk dan hidayah daripada nya..

alhamdulilah..
hari ini aku rasa lebih yakin untuk berdiri dan meneruskan kehidupan seperti biasa..
kata mama,
gagal sekali tak bererti kita akan gagal lagi..
jadi..

aku bersyukur kerana mama masih memahami aku..

dan pagi ini..
dengan keadaan cuaca hujan sambil aku melayan lagu the meadow..
lagu yang begitu menenangkan jiwa aku..

Saturday, June 19, 2010

Tension berkurangan


Alhamdulilah,
rasa kurang sikit bebanan yang aku hadapi,
tapi pahit masih lagi terasa..
memang susah untuk aku berdiri lagi,
tapi aku berjanji pada diri aku, aku akan berusaha sehingga aku dapat buktikan pada family aku yang aku masih lagi berguna untuk mereka..

sekarang aku perlu belajar redha dan tawakal kepada Allah S.W.T..
dan terima dugaannya dengan hati terbuka, betul cakap abang asyraf, jangan kita marah kepada yang maha pencipta kita,dan maha pemberi,
ini kerana apa dugaan yang telah dia berikan adalah satu nikmat,
dan seharusnya bersyukur..

bersyukur kerana Allah tak nak hamba nya lagi hanyut dengan ego dan kealfaan dunia..
dan betul juga cakap seorang kenalan yang aku kenal melalui internet,(alam maya)

Allah menduga dahulu, sebelum diberi kenikmatan, jadi nikmatilah dugaan itu,walaupun dugaan itu pahit..

aku rasa, kata-kata mereka ini banyak mendorong aku supaya jadi lebih berani dan kuat untuk menghadapi dunia yang sebenar,

Friday, June 18, 2010

Bicara Hati Bersendirian


Ya Allah, Amat berat sekali dugaan yang kau berikan kepada aku Ya Allah, aku rasa tak mampu untuk berdiri,dan aku rasa aku seperti layang-layang tanpa tali, Ya Allah,sekiranya aku banyak berdosa kepada mu, kau ampukan lah segala dosaku.. aku terima dungaan yang engkau berikan aku redha..
redha..
redha!!!!!!!!!!!!!!!

[air mata mengalir perlahan]

pagi ini bertarikh 19/6/2010, aku bangun dari tido, aku ambil wuduk,dan solat subuh.. selepas itu aku duduk atas katil sambil buka laptop aku, dan menulis blog sepi aku ni, mungkin benar kata abang asyraf, aku guna kan blog ini ketika jiwa aku sakit, ya,mmg betul, jiwa aku sedang sakit,sakit,sakit sangat sangat.......
aku rasa aku ni tak berguna, aku telah buat kan family aku kecewa dengan aku,
kecewa.. dan aku memang
tak guna,

tak guna..

tak guna!!!!!!!!

aku langsung tak guna,


subhanallah.....Ya Allah.......... aku amat berdosa kepada mu Ya Allah...............

Thursday, May 27, 2010

Kesepian Di Lubuk Hati Lavender


Lama sudah aku tidak mendambakan perasaan aku di dalam blog agam yang sunyi ini..
Ia seakan-akan telah dipenuhi belukar-belukar seperti sebuah banglo usang yang ditutupi awan mendung, adakah suma ini mainan jiwa aku..
yang hanya mampu berkhayal..

susah untuk aku ungkapkan perasan yang lama tidak ku luahkan di dalam blog sepi ini..

seperti kata sahabat-sahabat aku..
"ini suma dunia"

"DUNIA"

"DUNIA"


biar denai dihatiku ini berbisik sendirian..

Tuesday, April 20, 2010

Kenapa??


aku tersentak apabila mendengar berkenaan 1 cerita yang melibatkan keluarga terdekat aku sendiri..
orang yang paling aku percaya dan aku sayang..
akibat dari pada ego..jiwa muda..dan keangkuhan..
sebuah mahligai cinta lenyap sekelip mata..
dayus!!
dayus!!
ego!!
ego!!

Friday, April 9, 2010

Sampai Bila


sampai bila.. hati ini akan diliputi sunyi dan sepi.. kesunyian memerangkap diri aku.. tiada siapa tahu yang hati ini sunyi mungkin orang sekeliling memandang aku happy, gila-gila sahaja.. namun dalam hati ini tiada siapa tahu.. hanya aku sahaja dapat menyimpan perasaan ini.. bkn aku menagih simpati dari sesiapa.. tapi itu la perasaan yang aku pendam selama ini.. aku just hanya mampu berdoa dan mendapat apa yang aku hajati..

hidup tidak seindah cerita korea..
betul juga cakap kawan aku..
cerita korea diibarat satu cerita cinta yang akan berakhir dengan kebahagian.. tapi bagi reality life.. disebalik nya..

hidup tidak seindah kisah novel..

sama juga diibaratkan cerita cinta yang akan berakhir dengan kebahagiaan.. tapi suma itu disebalik nya.. aku harus terima hakikat itu.. hati,perasaan dalaman aku, begitu sedih sangat.. hanya tuhan sahaja yang dapat tahu isi hati ini.. biar tuhan sahaja mentafsirkan isi hati ini.. aku hanya mampu berserah dan berdoa kepadanya..

seperti awan mendung..

Sunday, April 4, 2010

Denai Berbisik


sedar tak sedar aku dh 4 hari x tulis blog kesayangan aku ni..
bukan aku tinggal kn blog sunyi aku nii..
aku cuma x sempat nk meluangkan masa sahaja..

tapi sekarang aku dh jenguk blog sunyi aku..
keadaannya mmg agk sunyi dan sayu..
hmmmmmmmm..

aku tak sangka pulak sedar tak sedar kita telah kehilangan orang peting dalam industr ni..
iaitu raja lawak kita..
din beramboi..
telah kehilangan nya dengan sekelip mata sahaja..
Allah S.W.T lebih menyayanginya..
dia meninggal akibat denggi berdarah..
Al-Fatihah untuk family din beramboi..

hmmm..
aku sedey juga bila mengenangkan orang yang menghiburkan kan kita tetiba tiada dengan hanya sekelip mata..
pasti kita akan merindui nya..

hmmmmmm..
sekarang ni musim hujan petang..
memang jiwa aku laa..
sbb aku sukaa hujan..
cuaca sejuk..
walaupun dunia sekarang ni banyak berlaku peperangan,pembuangan bayi yang tidak berdosa..
tetapi masyarakat kita tak pernah sedar..

hmmmmmmmmm..
aku pun tak tahu ape nak cakap dunia sekarang..
aku hanya mampu berdoa saja..
semoga aman sahaja dunia ni..

Wednesday, March 31, 2010

Malam Sep Ditemani Angin Bayu


kala senja melabuh tirai..
malam menjelma seaakan-akan tahu bulan akan naik tahkta..
angin bayu menhembus silu ke tepian telinga..
terasa titis-titis embun membasahi kepala kuu..

hah..
puisi terhangat nii..
aku igt nk try buat puisi yang orang tak pernah reka lagi..
kira aku laa 1st one yg buat..
hehehee..
silap2 ada orang kata aku penulis novel..
hahaha
safwan the typewritter..
sedap jgak laa kn..
hehehehee..

ok2..kemarin x sempat aku nk tulis blog..
sebab aku g tgk makngah aku bersalin ank kedua..
taniah kepada makngah anis yg selamat melahirkan permata baru dalam keluarga..
raihannah sofina..
nama nya sungguh sedap jika disebut berulang-ulang kali..
hehehehe..
baby sangat laa comel..
cute sangat..
hehehehee..
taniah kepada makngah n pakngah..

Monday, March 29, 2010

Hujan Dan Angin


Cuaca mendung mengudang hujan dan angin bertiup dengan kuat membuat hati aku teringat pada seseorang yang pernah hadir dalam hidup aku sehingga timbul rasa kasih sayang terhadapnya.. cinta hadir kala aku tidak sedar kerana dengan pantas dia meresap ke dalam hati lalu timbul nya perasaan yang aku sendiri tidak dapat gambarkan dengan kata-kata..

Hujan..

Hujan memberi banyak inspirasi kepada diriku untuk menulis kata-kata manis yang aku sendiri tidak percaya akan keluar dari celah-celah benak minda aku..


Lagu-Lagu Instrumental..

Lagu-Lagu Instrumental pula turut membantu pemikiran aku yang kusut menjadi teratur.. aku dapat merasakan bahawa nya diri aku ini bukan laa sekeras-keras batu.. aku dapat mengikis ego-ego aku dengan hanya mendengar Lagu-Lagu Instrumental sahaja.. mendambakan diri aku dengan khayalan yang kadang-kadang x capai dek akal pemikiran manusia..boleh juga memesongkan kepala aku ini.. Hujan dan Cuaca Mendung & Angin Yang Kuat.. memberi seribu makna kepada aku.. aku lebih suka menghabiskan masa aku di depan laptop aku.. sambil melayan perasaan aku.. teringat juga masa-masa yang best ketika aku masih kanak-kanak dulu.. masa hujan bergini aku lebih suka melayan DVD..
cerita-cerita DVD yang aku layan suma nya
berkonsep..

MALAM

MENDUNG

HUJAN
CUACA
SEJUK
FOGGY..

kerana aku dapat merasakan yang aku sendiri berada ditempat yang watak itu ada..
hehehehe.. kadang-kadang.. aku nii nak tergelak juga dengan sikap aku nii..
hehehehe..

masa-masa hujan bergini aku lebih suka layan cerita seperti
Twilight.. cerita-cerita bunuh kejam nii.. sbb nyaa.. aku dh cakap tadi.. janji cerita tu ada suasana
HUJAN
MALAM

MENDUNG
FOGGY
hehehehhee..
soo sekarang hujan.. aku ingat nak layan cerita Movie..
hehehehe..

Sunday, March 28, 2010

Petang Yang Mendung Dan Hujan


Hari ini aku x sempat nk tulis blog ni banyak2..
aku bz sket..
tension dgn kerja assingment yg bnyakk..
blik2 jaa dh mcm x larat nk bt kerja..
ptg tadi hujan..so igt nk lepak2 laa tulis blog..
tup tup kawan aku datang puulak..
bengang jugak aku..
huh!!
tpi terpaksa layan jgak arr..
nasib bek dia ajk aku kuar mnum..
hehehe..

ptg tadi suram sgt..
perasaan pun mcm sunyi jee..
memandang mendung awam booley buat aku tenang..
lagi tenang apabila dicurahi dengan hujan..
hmmmmm..

aku x tau nk report paa g..
tgk laa malam2 skit aku report lagi..

Saturday, March 27, 2010

Malam Yang Disinari Cahaya Guruh


aku tgk awan di langit amat gelap sekali
guruh-guruh berdentum..
dan rasa nyaa tengah malam akan hujan..
harap2 laa..
sbb aku mmg suka cuaca hujan mendung2 nii..
hehehehe..
pelik kn aku nii..
ske keadaan hujan..
hehehee..

Friday, March 26, 2010

Pagi Hari Yang Sunyi


Pagi ini aku bangun dari tidur dalam pukul 6.30 pagi..
cuaca pagi amat dingin sekali..ternampak juga mendung seperti nak hujan..
harapan aku supaya hujan sejuk sikit..

hmmmm
selepas solat subuh..
aku duduk termenung diluar halaman rumah sambil memerhatikan awan yang mendung..
diikuti angin yang kuat..
sunyi terasa seperti aku seorang sahaja didalam dunia ini..

selepas itu,aku masuk kedalam rumah dan membuka laptop aku..
dan aku sempat membaca berita yang berlaku didunia ini..
dunia sekarang tak macam dulu lagi..

sekarang ini manusia lebih zalim..
sanggup melakukan jenayah,maksiat,boleh dikatakan manusia zaman sekarang zalim..

mungkin ini yang dikatakan dunia akhir zaman..

hmmm..

Malam Yang Mempunyai Idea Kreatif


Malam ni aku bersyukur kepada Allah S.W.T kerana memberi idea yang kretif untuk menyiapkan logo..
logo ni aku nak guna untuk membuat printing baju..
lepas ni insyallah..
aku nk siap kan business card aku..

dan tidak lama lagi aku akan menubuhkan sendiri satu studio atau production aku sendiri..
Insyallah..

Dan aku ingat lepas ni..
akan ada lagi idea-idea kretif akan keluar..
dan dari situ nampak nya bertapa kreatif nya aku..
Syukur Kehadirat Illahi..
Alhamdulilah..

Asal SunyiNya Sekeping Hati Lavender

Kenapa aku menamakan blog ini SUNYINYA SEKUNTUM LAVENDER??

Satu persoalan yang hebat..
ramai member2 aku berkata banyak lagi nama2 lain yang lebih sesuai dengan jiwa aku.. tetapi kenapa nama SUNYINYA SEKUNTUM LAVENDER..
OK..
Aku akan ceritakan satu per satu..
SUNYINYA SEKUNTUM LAVENDER..
nama yang boleh dikatakan jiwang,bermain dengan perasaan dan emosi..

SUNYINYA SEKUNTUM LAVENDER..

diibaratkan seperti sekeping hati yang sedang sunyi,sepi,emosi,sejuk,aman dalam sebuah taman yang penuh dengan kabus dan sunyi tanpa penghuni..


ATAU


taman yang pernah diterokai oleh seseorang insan yang kita sayang dan akhirnya ditinggalkan..


Idea asal nya bergini..


aku ni memang tak suka menulis blog..
tetapi 1 pagi yang mendung diikuti kabus dan juga hujan renyai2 bertarikh 22 March 2010 jatuh pada hari isnin.. aku sedang asyik membaca surat khabar..
Lalu aku terbaca satu berita tentang kematian Yanie Mentor..
dan aku terfikir sejenak..
apakah perasaan suami nya..
yelakan tengah bahagia dan mempunyai seorang cahaya mata sudah tentu lebih bahagia dan berseri rumahtangga
dan suda tentu..
cinta semakin mekar..
tetapi kuasa Allah S.W.T menentukan segala-galanya..
terima saja takdir yang ditentukan, Yanie disahkan meninggalkan dunia akibat Tumor(Ketumbuhan) pada Paru-Paru dan
sudah tentu suaminya selepas ini dia akan sunyi,sepi, dan sayu.. walaupun mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan.. tetapi penyeri rumah tangga selain cahaya mata adalah insan yang bernama isteri..

Salam Takziah diuucapkan kepada keluarga Yanie..
Al-Fatihah

Dan dari situ aku dapat merasakan perasaan itu dan timbulnya Idea..
lalu..
terciptalah Blog yang diberi nama..

SUNYINYA SEKUNTUM LAVENDER..

Sunyinya Sekeping Hati..

Thursday, March 25, 2010

SUNYI DAN SEPI


Malam ini aku rasa perasaan aku sunyi.. sambil melayan lagu yang dicipta oleh alexandre desplat.. Lagu the Meadow.. mmg best lagu tu..
kalau nak dengar click saja button play disitu..
lagu itu memberi 1001 ketenangan yang boleh mententeramkan jiwa dan perasaan yang sedang sayu, sunyi ini.. selepas habis menyiapkan artwork aku buka laa lagu the meadow nii.. mmg best sekali..

hmmmmmmmmmmm..


malam pun semakin larut..
bila aku dgr sahaja lagu ini aku mesti teringat cerita twilight.. hehehehe..

mungkin orang akan kata aku jiwang..

kadang2 aku pun terasa nak tergelak juga dengan apa yang aku lakukan sekarang.. tapi aku rasa buat apa yang aku perlu gelakkan..

sebabnya..


mungkin itu cara aku nk berubah kepada orang yang lebih ego kepada orang yang berhati lembut.. lembut tidak bererti lembut dari segi fizikal.. jiwa dan perasaan sahaja.. tapi aku berharap dan banyak berdoa kepada Allah S.W.T supaya aku menjadi insan yang terbilang.. dan tidak merasa tinggi diri..
soo..
Aku Kena Berjaya..

FIGHTING..

Wednesday, March 24, 2010

Pagi Yang Mendung


Pagi ini aku bagun dari tidur..
cuaca bergitu tenteram sekali..
perasaan aku rasa tenang sahaja..

cuaca mendung dan terasa angin sejuk sehingga menegakkan setiap bulu roma aku..
hmmmmmmm..
mungkin hari ini akan hujan..
aku pun x pasti..
semua ini kuasa Allah S.W.T.
jadi tunggu dan lihat..

sambil aku melayan lagu The Meadow..
aku pun x tahu kenapa aku bergitu tenang sangat apabila mendengarkan lagu itu..
rasa seperti diri aku keseorangan..
jiwa sunyi sahaja..

urrmmmmmmm..
aku rasa aku seperti di dalam dunia twilight..
diibaratkan seperti aku berada di tepi tingkap di rumah bella swan..
sambil menikmati cuaca hujan yang lebat..
dalam keadaan angi yang sejuk..
bergitu indah sekali..

senronok rasanya..

mungkin setiap orang didunia ini ada perasaan bergitu..
itu aku x tahu..

Cuaca Mendung Dan Angin Sejuk


Pagi tadi aku belajar banyak benda..
aku belajar ilmu dunia..

Alhamdulilah..

Dan aku sekarang sgt bersemangat untuk menulis blog..

Kala Senja menjelang cuaca menjadi mendung..
angin bertiup kuat..sejuk angin terasa mengelilingi tubuh aku..

perasaan itu amat indah sekali..
kerana aku suka cuaca lembab dan sejuk..

selepas itu hujan pun turun dgn lebat sekali..
sambil melayan dan men~edit blog aku..
hehehehe..

soo..
aku x bnyak sgt nk post hari ini..
sbb nya aku cbok edit aku pnya blog..
hehehehe..
mungkin 2 cara aku melayan perasaan aku..
hehehehehee

Tuesday, March 23, 2010

Malam Yang Dingin


Malam ni Aku keluar berjalan2 dihalaman rumah..dalam keadaan cuaca yang sejuk,
sambil memandang langit yang gelap sunyi sepi..terlihat kapal terbang FireFlies terbang dilangit merempuh awan yang gelap..
ternampak juga cahaya guruh..

huh..
nyaman...

sambil melihat jalan yg sunyi..
yang hanya ditemani cahaya lampu neon sahaja..
hati agk sayu..
tapi itu lah perasaan aku..
aku ska cuaca sejuk..ala2 berada di fork city..
aku ska cuaca dlm cerita twilight..
kerana nmpak nyaman,sejuk,hujan,dingin sahaja..

hmmm..

mungkin itu perasaan aku yg sebenarnya..

Lavender Dihati


Hari Ini dalam cuaca yg agk2 redup nii.. hati aku menjadi sunyi.. melihat wallpaper bunga lavender ini rsa tenang saja.. sambil melayan lagu THE MEADOW dari OST twilight new moon..Kalau nk dgr play laa dkt music box 2..
lagu dia pun menenang kan jiwa..

cuaca disini pun seperti cuaca di Fork City dlm cerita Twilight.. redup2 sejuk.. hati aku trusik untuk membuat blog.. nama SUNYINYA SEKUNTUM LAVENDER ni ilham semasa aku dlm kereta..Lavender ni merupakn bunga jenis spesis lamiaceae.. bunga ni berasal dari wilayah selatan laut tengah afrika..

Sunyi nya sekuntum lavender,

hmmmmm..

nma nyaa agk2 jiwang tapi aku rsa..
jiwang2 pun sedap jgak.. aku tertarik nk bt blog.. mungkin dkt blog ni aku boleh tulis isi hati aku nii.. dsini akn aku luah kn perasaan jiwang ku..loving ku..marah ku..dan suma apa shaja yg ada dlm hati aku luah kn disini.. so.. isyaallah.. mlm nii..aku akn hantar post lgi..

Monday, March 22, 2010

Mungkin


Mungkin Ini Kali Keempat aku membuat Blog..Tetapi blog yg lma kbanyakkan nya aku dh lupa email dan nma account dia,
soo sekarang aku dh buat 1 account baru..
hmmm..cuaca pagi ni agk redup dan sejuk sket..
dan mungkin akn hujan..
aku harap sapa2 yg terbaca atau nk baca blog aku nii harap2 enjoy laa..
dlu aku mmg x ska tulis blog..
tetapi skrang nii aku rsa blog ni dh mcm boley buat 1 diari harian..
melepaskn aku apa yg terbuku dihati..
dan akn dibaca kelak kala hati sedang riang..
soo harap2 mohd safwan sahidan akan berjaya apa yg diigin kan nyaa..
Aza2 fighting..