BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

CUACA MENDUNG SEJUK MENTENTERAM KAN PERASAAN YANG SEDANG SUNYI

SUNYINYA SEKUNTUM LAVENDER

Sunday, November 14, 2010

Entry Untuk Kakak



Kakak,

Adik hanya mampu berdoa dihadapan Al Qur'an Nur Karim ini,
dengan hati yang penuh dengan harapan agar doa-doa adik ini dimakbulkan Allah Supaya kakak sihat seperti selalu.Tiada cara lain lagi yang adik mampu lakukan.Hanya berharap dan Berdoa kepada yang maha kuasa.

Kakak,
disaat adik menulis entry ini,air mata adik mengalir tanpa henti,adik sayang engkau kakak.. segala nasihat dan segala teguran dari engkau,marah engkau,leteran engkau,masih lagi terngiang-ngiang di dalam lubuk telinga adik ini.. Adik harap engkau kuat kakak..

Kakak,
adik hanya mampu kirimkan doa sebagai pengiring di saat engkau terbujur kaku sekarang.

Kakak,

Engkau perlu kuat,kuat..
Ya Allah,engkau berikanlah kekuatan kepada kakak ku Ya Allah, Ya Allah..engkau kuat kan lah dia Ya Allah,Ya Tuhan ku.. sesungguhnya hanya padamu sahaja yang aku dapat meminta.. dan hanya padamu sahaja aku mampu berserah.. Ya Allah kala saat ini jiwa aku sangat-sangat berkecamuk..
BERKECAMUK memikirkan keadaan kakak aku..Ya Allah..

Kakak,
adik tak pernah menyesal mengenalimu,malah adik bersyukur,kerana kakak banyak mengubah adik, disaat ini juga adik merasai kesunyian, kesunyian tanpa nasihat,teguran darimu, walaupun kadang-kadang,adik sendiri merasa bosan..
tapi pada masa ini,saat ini,ketika ini, adik sangat merindui
teguranmu,

nasihat mu.
leteranmu,(basah pipi adik tulis entry ni)..

adik tahu,adik ni sangat nakal,
kakak selalu suruh adik berubah,dan selalu cakap,jangan banyak main,
semua nasihat tu sekarang,sedang bermain-main didalam pemikiran adik sekarang..

Kakak,
adik nak kakak kuat,kuat ye..
adik sentiasa berdoa untuk kakak, bukan adik sahaja.. malah semua..

Kakak,

adik harap satu hari nanti kita boleh berbual-bual seperti selalu,

kita boleh bergelak-gelak seperti selalu, ye kakak..

Kakak,
apa yang adik nak katakan sekarang,

ADIK SANGAT SAYANG KAKAK..

SUNYINYA SEKUNTUM LAVENDER

Monday, November 1, 2010

Iron & Wine: Flightless Bird, American Mouth

Iron & Wine: Flightless Bird, American Mouth Lyrics