BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

CUACA MENDUNG SEJUK MENTENTERAM KAN PERASAAN YANG SEDANG SUNYI

SUNYINYA SEKUNTUM LAVENDER

Sunday, June 20, 2010

Pagi Suram Diikuti Gerak Hati Yang Sayu

Pagi Bertarikh 21/6/2010..

Pagi Ini Cuaca Begitu dingin dan hujan, suasana gelap malap..

aku berada diruang kaca sliding door yang menghadap ke kolam..

hati aku bergitu sayu mengenang nasib diri aku..
dua tiga hari lepas memang aku buntu-buntu sangat..sampai aku rasa tak nak berdepan dengan sesiapa..
alhamdulilah..
setelah mama aku call dan dia menerima kegagalan anak lelaki sulung nya ini..
dia cakap dekat aku supaya tidak berputus asa..
ada hikmah disebalik apa yang terjadi..
hati aku bergitu sayu mendegar nasihat daripada seorang yang bergelar ibu lalu aku menitiskan air mata..
air mata jernih mengalir ke pipi dengan perlahan..
dan mama aku berpesan lagi..
supaya aku harus tabah dengan apa dugaan yang Allah berikan dan harus banyak berdoa..
berdoa dan terus berdoa supaya dapat ppertunjuk dan hidayah daripada nya..

alhamdulilah..
hari ini aku rasa lebih yakin untuk berdiri dan meneruskan kehidupan seperti biasa..
kata mama,
gagal sekali tak bererti kita akan gagal lagi..
jadi..

aku bersyukur kerana mama masih memahami aku..

dan pagi ini..
dengan keadaan cuaca hujan sambil aku melayan lagu the meadow..
lagu yang begitu menenangkan jiwa aku..

Saturday, June 19, 2010

Tension berkurangan


Alhamdulilah,
rasa kurang sikit bebanan yang aku hadapi,
tapi pahit masih lagi terasa..
memang susah untuk aku berdiri lagi,
tapi aku berjanji pada diri aku, aku akan berusaha sehingga aku dapat buktikan pada family aku yang aku masih lagi berguna untuk mereka..

sekarang aku perlu belajar redha dan tawakal kepada Allah S.W.T..
dan terima dugaannya dengan hati terbuka, betul cakap abang asyraf, jangan kita marah kepada yang maha pencipta kita,dan maha pemberi,
ini kerana apa dugaan yang telah dia berikan adalah satu nikmat,
dan seharusnya bersyukur..

bersyukur kerana Allah tak nak hamba nya lagi hanyut dengan ego dan kealfaan dunia..
dan betul juga cakap seorang kenalan yang aku kenal melalui internet,(alam maya)

Allah menduga dahulu, sebelum diberi kenikmatan, jadi nikmatilah dugaan itu,walaupun dugaan itu pahit..

aku rasa, kata-kata mereka ini banyak mendorong aku supaya jadi lebih berani dan kuat untuk menghadapi dunia yang sebenar,

Friday, June 18, 2010

Bicara Hati Bersendirian


Ya Allah, Amat berat sekali dugaan yang kau berikan kepada aku Ya Allah, aku rasa tak mampu untuk berdiri,dan aku rasa aku seperti layang-layang tanpa tali, Ya Allah,sekiranya aku banyak berdosa kepada mu, kau ampukan lah segala dosaku.. aku terima dungaan yang engkau berikan aku redha..
redha..
redha!!!!!!!!!!!!!!!

[air mata mengalir perlahan]

pagi ini bertarikh 19/6/2010, aku bangun dari tido, aku ambil wuduk,dan solat subuh.. selepas itu aku duduk atas katil sambil buka laptop aku, dan menulis blog sepi aku ni, mungkin benar kata abang asyraf, aku guna kan blog ini ketika jiwa aku sakit, ya,mmg betul, jiwa aku sedang sakit,sakit,sakit sangat sangat.......
aku rasa aku ni tak berguna, aku telah buat kan family aku kecewa dengan aku,
kecewa.. dan aku memang
tak guna,

tak guna..

tak guna!!!!!!!!

aku langsung tak guna,


subhanallah.....Ya Allah.......... aku amat berdosa kepada mu Ya Allah...............