BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

CUACA MENDUNG SEJUK MENTENTERAM KAN PERASAAN YANG SEDANG SUNYI

SUNYINYA SEKUNTUM LAVENDER

Sunday, June 20, 2010

Pagi Suram Diikuti Gerak Hati Yang Sayu

Pagi Bertarikh 21/6/2010..

Pagi Ini Cuaca Begitu dingin dan hujan, suasana gelap malap..

aku berada diruang kaca sliding door yang menghadap ke kolam..

hati aku bergitu sayu mengenang nasib diri aku..
dua tiga hari lepas memang aku buntu-buntu sangat..sampai aku rasa tak nak berdepan dengan sesiapa..
alhamdulilah..
setelah mama aku call dan dia menerima kegagalan anak lelaki sulung nya ini..
dia cakap dekat aku supaya tidak berputus asa..
ada hikmah disebalik apa yang terjadi..
hati aku bergitu sayu mendegar nasihat daripada seorang yang bergelar ibu lalu aku menitiskan air mata..
air mata jernih mengalir ke pipi dengan perlahan..
dan mama aku berpesan lagi..
supaya aku harus tabah dengan apa dugaan yang Allah berikan dan harus banyak berdoa..
berdoa dan terus berdoa supaya dapat ppertunjuk dan hidayah daripada nya..

alhamdulilah..
hari ini aku rasa lebih yakin untuk berdiri dan meneruskan kehidupan seperti biasa..
kata mama,
gagal sekali tak bererti kita akan gagal lagi..
jadi..

aku bersyukur kerana mama masih memahami aku..

dan pagi ini..
dengan keadaan cuaca hujan sambil aku melayan lagu the meadow..
lagu yang begitu menenangkan jiwa aku..

0 comments: