BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

CUACA MENDUNG SEJUK MENTENTERAM KAN PERASAAN YANG SEDANG SUNYI

SUNYINYA SEKUNTUM LAVENDER

Sunday, January 2, 2011

Sunyi


Selepas Entry semalam..aku susah untuk melelapkan mata..aku asyik teringatkan kamu..kamu yang pernah hadir dalam hidup aku..aku asyik teringat kan kenangan kita sewaktu mula-mula berkenalan dulu..

pertama kali aku bertemu dengan mu, hatiku terpaut melihat senyuman mu..walaupun masa itu kamu dalam keadaan yang sangat-sangat badmood..tapi masih mampu tersenyum..senyuman kamu itu mampu mengugat aku..berpeluh juga..hehe..

kali ke 2 bertemu dengan kamu sewaktu di restoran McD..kamu pernah cerita kan kepada aku yang aku smart sangat sewaktu tu..asyik memandang kamu sahaja..ya aku akui..memang mata aku tertumpu pada kamu sahaja..tak mampu aku tengok wanita-wanita lain di sekeliling aku..kerana..masa itu..aku rasa mata aku ni seperti magnet yang yang melekat di besi sahaja..hehe..

untuk kali ke 3 kita bertemu..memang tak disangka-sangka..aku tahu kamu suka sangat baca novel..pertemuan di MPH adalah yang pertama kita bertemu berdua..maaf sebab masa itu aku terlanggar kamu sehingga kamu terpusing..hehe..secara jujurnya aku tak sangka itu adalah kamu..sampai kamu ceritakan baru aku tahu orang yang aku langgar itu..adalah orang yang paling aku rindui saat aku menulis entry ni..kamu masih mengatakan yang aku sengaja merancang pertemuan itu..dan merancang untuk melanggar kamu sehingga terpusing..hehe..serius aku sendiri tak tahu kenapa selepas pertemuan kali ke 3 ini..kamu agak marah sekali dengan aku..hehe..tujuan aku untuk ke MPH adalah untuk cari novel juga..tapi sampai kita berkenalan kamu masih cuba mengatakan yang aku merancang pertemuan itu..haha..maaf sebab aku masih lagi tak tegur kamu masa itu..hanya ucapan maaf dan terus berlalu pergi..dan masa itu aku memang tak perasan kamu sehingga kamu cerita orang yang aku langgar itu adalah kamu..
adalah kamu..
maafkan saya sayang

setelah masuk 4 kali bertemu barulah aku berani untuk bersapa dengan kamu..kamu tentu masih ingatkan..aku duduk di sebelah kamu sewaktu dalam panggung wayang..4 tahun lalu..kita tengok cerita seram..ayat pertama yang aku keluarkan kepada kamu 'maaf ye cerita ni seram sikit' berpeluh juga aku menunggu jawapan dari kamu..tapi slamber je jawapan kamu..'tak lah,tak takut pun,biasa saja'..hehe..nakal betul jawapan kamu..

kalau ingat kan balik 1 per 1 dari cerita bagaimana mulanya perkenalan kita..memang susah untuk aku menawan hati kamu..maklumlah kan..budak pandai..hehe..

tapi itu semua kenangan saja..aku tak boleh buang kenangan..aku tak boleh buang..kerana engkau lavender aku..
lavender aku selamanya!!..

SUNYINYA SEKUNTUM LAVENDER

0 comments: