BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

CUACA MENDUNG SEJUK MENTENTERAM KAN PERASAAN YANG SEDANG SUNYI

SUNYINYA SEKUNTUM LAVENDER

Tuesday, January 18, 2011

Kenangan





Kakak..


Akhirnya kau telah pergi selamanya..
pergi meninggalkan adik..pergi meninggalkan kami semua..

Kakak..

selepas ini tiada sesiapa nak bebel dekat adik lagi, tiada siapa nak nasihatkan adik lagi dan tiada siapa nak teman adik lagi..kalau kakak nampak adik menangis, adik tahu kakak akan menangis sekali..tapi sekarang..adik cuba tahankan diri adik supaya tak menangis..kerana adik tak mahu kakak menangis disana..

kakak..

di pagi ini, di saat adik menulis entry ni..adik memasang lagu yang memang sedih sangat kakak..lagu malacholy sad piano..kakak pernah cakap yang lagu ini sedih..pabila kakak dengar lagu ini..kakak menagis..tapi sekarang kakak..adik menangis kakak..
adik menagis..
jiwa adik kosong..kosong sangat kakak..adik rasa sunyi, sayu, sepi..lepas ini tiada siapa nak usik adik lagi..dan tiada siapa yang adik nak usik..hati adik menagis kakak..menangis sangat
setiap kali adik terpandang gambar kakak, seribu 1 nasihat bebelan,usik mengusik dan macam-macam lagi akan di ingatkan..

kakak..

pemergian kakak sangat adik terasa..kakak selalu minta maaf kepada adik..sumpah kakak..adik bersumpah, kakak tak pernah ada salah dengan adik..adik saja yang banyak salah dengan kakak..kesalahan adik banyak kakak..walaupun kakak dah memaafkan adik..

kakak..

kakak masih ingatkan..ingat tak adik pernah cakap yang adik nak sangat jadi PA kakak..dan adik nak jadi driver kakak..tapi kakak tak bagi..
sebab,
kakak nak tengok adik berjaya macam kakak..
kakak pernah kata nak adik bawa kakak bersiar-siar naik kereta mitsubishi eclipse hasil dari titik peluh adik sendiri..
tapi kakak..mitsubishi eclipse tu mungkin adik akan pandu seorang diri tanpa kakak..
tanpa kakak..

kakak..

sekarang adik tak boleh tipu diri adik lagi..air mata adik tak mengalir membasahi pipi..walaupun kakak nampak adik sedih disini..kakak jangan pula sedih disana..adik sedih disini sebab adik sangat rindukan kakak..

kakak..

lepas ini tak ada sesiapa nak ceritakan cerita twilight dekat adik..hmm..selepas ini kakak, adik akan tengok cerita twilight breaking dawn seorang..

kakak..

jika ditakdirkan adik berkahwin dan mempunyai seorang yang bergelar isteri, anak dan cucu..
adik akan ceritakan siapa dia kakak..

dan nama kakak sentiasa akan terpahat dalam hati adik untuk selama-lamanya..

Al Fatihah..

SUNYINYA SEKUNTUM LAVENDER

0 comments: