BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

CUACA MENDUNG SEJUK MENTENTERAM KAN PERASAAN YANG SEDANG SUNYI

SUNYINYA SEKUNTUM LAVENDER

Friday, May 27, 2011

Rindu Aku Tak Pernah Berhenti Untuk Kamu



|" Awak, saya nak cakap sesuatu dengan awak boleh "|


|" Cakap la sayang, Kenapa...."|


|" Awak dengar sini,pandang saya, Awak....awak mati itu pasti bagi setiap hamba di muka bumi ini begitu juga dengan saya, dan bergitu juga awak dan semua orang di muka bumi Allah ini,cuma cepat dengan lambat lambat sahaja kita tidak tahu.."|

|" Itu saya tahu, tapi kenapa, tiba-tiba ni sayang cakap macam ni........."|


|" Syyy...dengar apa yang saya nak cakap ni,kalau awak sayang saya,awak mesti janji dengan saya,walau apa pun berlaku kepada saya,awak jaga lah Mama dan Papa saya macam mana saya jaga mereka,walaupun kita tak ada apa-apa ikatan lagi,..Satu lagi, awak anggap lah mereka seperti mama dan ayah awak juga,mereka pun dah anggap awak macam anak mereka sendiri,macam mana awak sayang saya,dan macam mana saya sayang mereka,macam itu lah kasih sayang awak berikan pada mereka, mereka cuma ada saya.... kalau satu hari nanti saya............."|


|"Sudah tu sayang..apa yang awak merepek ni.."|

|"Ini bukan merepek..awak~ janji yee.."|


|" Ye saya janji sayang~..saya janji selagi saya diberi nyawa, kasih sayang saya tak akan berubah seperti kasih sayang awak kepada mereka"|

ITU JANJI SAYA

Malam ini aku menangis kala entry ini aku tulis,setiap lafaz yang kau ucapkan pada aku,
aku tak akan lupa sehingga sekarang.. Allah lebih menyanyangi mu..

Aku tak mampu menipu diri aku..aku tidak pernah berhenti merindui kamu sayang..setiap detik,waktu dan ketika..Allah SWT saja yang tahu..


Masih aku terkenang sewaktu kamu terbujur kaku,kesan daripada ubat bius.. aku tak pernah berhenti berdoa kepada kamu..tangan kamu yang sejuk sentiasa aku pengang dengan harapan kamu sihat seperti selalu..

Tapi semua itu...

HANYA KENANGAN....


SUNYINYA SEKUNTUM LAVENDER

0 comments: