BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

CUACA MENDUNG SEJUK MENTENTERAM KAN PERASAAN YANG SEDANG SUNYI

SUNYINYA SEKUNTUM LAVENDER

Friday, May 27, 2011

Rindu Aku Tak Pernah Berhenti Untuk Kamu



|" Awak, saya nak cakap sesuatu dengan awak boleh "|


|" Cakap la sayang, Kenapa...."|


|" Awak dengar sini,pandang saya, Awak....awak mati itu pasti bagi setiap hamba di muka bumi ini begitu juga dengan saya, dan bergitu juga awak dan semua orang di muka bumi Allah ini,cuma cepat dengan lambat lambat sahaja kita tidak tahu.."|

|" Itu saya tahu, tapi kenapa, tiba-tiba ni sayang cakap macam ni........."|


|" Syyy...dengar apa yang saya nak cakap ni,kalau awak sayang saya,awak mesti janji dengan saya,walau apa pun berlaku kepada saya,awak jaga lah Mama dan Papa saya macam mana saya jaga mereka,walaupun kita tak ada apa-apa ikatan lagi,..Satu lagi, awak anggap lah mereka seperti mama dan ayah awak juga,mereka pun dah anggap awak macam anak mereka sendiri,macam mana awak sayang saya,dan macam mana saya sayang mereka,macam itu lah kasih sayang awak berikan pada mereka, mereka cuma ada saya.... kalau satu hari nanti saya............."|


|"Sudah tu sayang..apa yang awak merepek ni.."|

|"Ini bukan merepek..awak~ janji yee.."|


|" Ye saya janji sayang~..saya janji selagi saya diberi nyawa, kasih sayang saya tak akan berubah seperti kasih sayang awak kepada mereka"|

ITU JANJI SAYA

Malam ini aku menangis kala entry ini aku tulis,setiap lafaz yang kau ucapkan pada aku,
aku tak akan lupa sehingga sekarang.. Allah lebih menyanyangi mu..

Aku tak mampu menipu diri aku..aku tidak pernah berhenti merindui kamu sayang..setiap detik,waktu dan ketika..Allah SWT saja yang tahu..


Masih aku terkenang sewaktu kamu terbujur kaku,kesan daripada ubat bius.. aku tak pernah berhenti berdoa kepada kamu..tangan kamu yang sejuk sentiasa aku pengang dengan harapan kamu sihat seperti selalu..

Tapi semua itu...

HANYA KENANGAN....


SUNYINYA SEKUNTUM LAVENDER

Wednesday, April 6, 2011

Damai Hati

Lama rasanya saya tinggalkan blog Agam saya ni..Sunyi masih lagi terasa setiap kali saya buka blog ini..memang mententeramkan jiwa..terdapat 1001 kisah suka,duka saya tersemat didalam blog ini..hehe..susah nak cakap perasaan apa entah yang ada didalam blog ini..

Setelah 3 bulan pemergian kakak..saya tiada mood langsung untuk menulis..dulu kakak selalu paksa saya menulis..sebab saya malas baca buku..so, dia suruh saya menulis..hehe..kalau ingat-ingatkan balik..memang agak tetekan juga bila selalu dipaksa..tapi sekarang..

TAPI SEKARANG..

aiihhh..

dah tak mahu nak ingatkan lagi..
sekarang saya perlu berubah..
sampai bilakan saya tak tulis blog..
Insyallah mungkin dalam 1 hari saya akan tulis 2 entry dalam 1 hari..

INSYALLAH..

Ya ya ya..

saya akui..saya memang down sangat dulu..takde mood langsung untuk menulis blog..mungkin penulisan saya kali ini lebih baik dari dulu..saya perlu banyak membaca..hehe..

saya perlu berubah..
menjadi yang lebih terbaik..dan terbaik..
segala nasihat kakak,
semuanya akan saya ambil untuk dijadikan kata-kata semangat kepada saya..
Terima Kasih kakak

TERIMA KASIH KAKAK..

I LOVE YOU SO MUCH..



SUNYINYA SEKUNTUM LAVENDER

Sunday, March 6, 2011

Rindu


| Awak!!! |

| Saya Menangis Awak.. |

| Saya Menangis Sebab Awak!! |

| Saya Rindu Awak!! |

| Saya Rindu Awak sangat-sangat!! |

walaupun aku menangis air mata darah pun..aku tak dapat buat apa-apa..aku hanya mampu berdoa dan menerima ketentuan dan takdir Allah..

Tuesday, January 18, 2011

Kenangan





Kakak..


Akhirnya kau telah pergi selamanya..
pergi meninggalkan adik..pergi meninggalkan kami semua..

Kakak..

selepas ini tiada sesiapa nak bebel dekat adik lagi, tiada siapa nak nasihatkan adik lagi dan tiada siapa nak teman adik lagi..kalau kakak nampak adik menangis, adik tahu kakak akan menangis sekali..tapi sekarang..adik cuba tahankan diri adik supaya tak menangis..kerana adik tak mahu kakak menangis disana..

kakak..

di pagi ini, di saat adik menulis entry ni..adik memasang lagu yang memang sedih sangat kakak..lagu malacholy sad piano..kakak pernah cakap yang lagu ini sedih..pabila kakak dengar lagu ini..kakak menagis..tapi sekarang kakak..adik menangis kakak..
adik menagis..
jiwa adik kosong..kosong sangat kakak..adik rasa sunyi, sayu, sepi..lepas ini tiada siapa nak usik adik lagi..dan tiada siapa yang adik nak usik..hati adik menagis kakak..menangis sangat
setiap kali adik terpandang gambar kakak, seribu 1 nasihat bebelan,usik mengusik dan macam-macam lagi akan di ingatkan..

kakak..

pemergian kakak sangat adik terasa..kakak selalu minta maaf kepada adik..sumpah kakak..adik bersumpah, kakak tak pernah ada salah dengan adik..adik saja yang banyak salah dengan kakak..kesalahan adik banyak kakak..walaupun kakak dah memaafkan adik..

kakak..

kakak masih ingatkan..ingat tak adik pernah cakap yang adik nak sangat jadi PA kakak..dan adik nak jadi driver kakak..tapi kakak tak bagi..
sebab,
kakak nak tengok adik berjaya macam kakak..
kakak pernah kata nak adik bawa kakak bersiar-siar naik kereta mitsubishi eclipse hasil dari titik peluh adik sendiri..
tapi kakak..mitsubishi eclipse tu mungkin adik akan pandu seorang diri tanpa kakak..
tanpa kakak..

kakak..

sekarang adik tak boleh tipu diri adik lagi..air mata adik tak mengalir membasahi pipi..walaupun kakak nampak adik sedih disini..kakak jangan pula sedih disana..adik sedih disini sebab adik sangat rindukan kakak..

kakak..

lepas ini tak ada sesiapa nak ceritakan cerita twilight dekat adik..hmm..selepas ini kakak, adik akan tengok cerita twilight breaking dawn seorang..

kakak..

jika ditakdirkan adik berkahwin dan mempunyai seorang yang bergelar isteri, anak dan cucu..
adik akan ceritakan siapa dia kakak..

dan nama kakak sentiasa akan terpahat dalam hati adik untuk selama-lamanya..

Al Fatihah..

SUNYINYA SEKUNTUM LAVENDER

Wednesday, January 5, 2011

SAYANG..kenapa awak suka saya

Mac 24 2006

| " Sayang..kenapa awak suka saya " |

| " Sebab..sebabnyee,awak lain lah..hehe.." |

| " Lain ?? What do you mean ?? " |

| " Awak..pandang saya sekejap, kenapa awak suka saya " |

| " Saya suka cara awak senyum,saya suka mata awak, saya suka perangai awak " |

| " Kalau itu jawapan awak..maknanya..awak tak betul-betul menyukai saya " |

| " Sayang..padang mata saya sekejap " |

| " Tak nak lah saya pandang mata awak..bukan cantik pun " |

| " Pandanglah dulu..pandang tepat dalam mata saya " |

| " Haa..dah pandang ni..kenapa..mata awak sakit ke " |

| " Dimata ini..menceritakan segala-galanya..Keikhlasan saya,cinta saya,kejujuran saya,kesetian saya,kasih sayang saya, semuanya..dan segala-galanya " |

| " Walaupun awak tahu yang saya ni...... " |

Di pagi ini, di waktu ini, ku masih terkenang dirimu..biarpun tiada awak disisi..aku merindui senyumanmu, raut wajahmu membuatkan aku terus merindumu..sukarnya aku melupakan mu..

HANYA DIRIMU..

aku masih teringat lagi kata-kata yang kita berbual..KENAPA AWAK SUKA SAYA..cukup menyeksa aku apabila aku kenang kembali..masih terngiang-ngiang suara lembutmu..seperti membisik-bisik di dalam telinga aku..setiap masa..

aku redha..
sebab awak adalah LAVENDER saya..
Lavender aku..

SUNYINYA SEKUNTUM LAVENDER

Sunday, January 2, 2011

Sunyi


Selepas Entry semalam..aku susah untuk melelapkan mata..aku asyik teringatkan kamu..kamu yang pernah hadir dalam hidup aku..aku asyik teringat kan kenangan kita sewaktu mula-mula berkenalan dulu..

pertama kali aku bertemu dengan mu, hatiku terpaut melihat senyuman mu..walaupun masa itu kamu dalam keadaan yang sangat-sangat badmood..tapi masih mampu tersenyum..senyuman kamu itu mampu mengugat aku..berpeluh juga..hehe..

kali ke 2 bertemu dengan kamu sewaktu di restoran McD..kamu pernah cerita kan kepada aku yang aku smart sangat sewaktu tu..asyik memandang kamu sahaja..ya aku akui..memang mata aku tertumpu pada kamu sahaja..tak mampu aku tengok wanita-wanita lain di sekeliling aku..kerana..masa itu..aku rasa mata aku ni seperti magnet yang yang melekat di besi sahaja..hehe..

untuk kali ke 3 kita bertemu..memang tak disangka-sangka..aku tahu kamu suka sangat baca novel..pertemuan di MPH adalah yang pertama kita bertemu berdua..maaf sebab masa itu aku terlanggar kamu sehingga kamu terpusing..hehe..secara jujurnya aku tak sangka itu adalah kamu..sampai kamu ceritakan baru aku tahu orang yang aku langgar itu..adalah orang yang paling aku rindui saat aku menulis entry ni..kamu masih mengatakan yang aku sengaja merancang pertemuan itu..dan merancang untuk melanggar kamu sehingga terpusing..hehe..serius aku sendiri tak tahu kenapa selepas pertemuan kali ke 3 ini..kamu agak marah sekali dengan aku..hehe..tujuan aku untuk ke MPH adalah untuk cari novel juga..tapi sampai kita berkenalan kamu masih cuba mengatakan yang aku merancang pertemuan itu..haha..maaf sebab aku masih lagi tak tegur kamu masa itu..hanya ucapan maaf dan terus berlalu pergi..dan masa itu aku memang tak perasan kamu sehingga kamu cerita orang yang aku langgar itu adalah kamu..
adalah kamu..
maafkan saya sayang

setelah masuk 4 kali bertemu barulah aku berani untuk bersapa dengan kamu..kamu tentu masih ingatkan..aku duduk di sebelah kamu sewaktu dalam panggung wayang..4 tahun lalu..kita tengok cerita seram..ayat pertama yang aku keluarkan kepada kamu 'maaf ye cerita ni seram sikit' berpeluh juga aku menunggu jawapan dari kamu..tapi slamber je jawapan kamu..'tak lah,tak takut pun,biasa saja'..hehe..nakal betul jawapan kamu..

kalau ingat kan balik 1 per 1 dari cerita bagaimana mulanya perkenalan kita..memang susah untuk aku menawan hati kamu..maklumlah kan..budak pandai..hehe..

tapi itu semua kenangan saja..aku tak boleh buang kenangan..aku tak boleh buang..kerana engkau lavender aku..
lavender aku selamanya!!..

SUNYINYA SEKUNTUM LAVENDER

Kesuyian Tanpa Dirimu

Masih lagi segar dalam ingatan aku..aku terasa baru semalam aku mengenali dirimu..dan aku rasa baru semalam aku dengar gelak tawa mu..dan baru semalam aku dengar suara manja mu..
dan..
baru semalam aku dengar suara kesakitan mu..
dan baru semalam aku dengar suara ibu & papa mu menangis..
(Ya Allah engkau tabahkan lah ibu & papa dia)

walaupun sudah 2 tahun pemergian mu..tapi kenangan aku dengan kamu susah untuk aku lupakan..sumpah..susah untuk cari penganti dirimu..semuanya tak sama dengan kamu..

ya aku akui..kata-kata kamu itu banyak memberi makna kepada aku..dan aku faham tujuan kamu untuk aku cari penganti..tapi aku tak sanggup..
aku tak sanggup melihat kamu bersedih..
derita kamu sangat banyak..
banyak sangat
aku tak mahu kamu menderita kerana aku..

sekarang ni..
hanya nama mu sahaja terpahat dalam hati aku..dan..
di dalam doa-doa ku..

aku berdoa harap aku dapat memiliki senkuntum lavender..
yang semirip kamu..

SUNYINYA SEKUNTUM LAVENDER

Sunday, December 19, 2010

Deep down in my heart, you are my everything

Saat aku melabuhkan punggung ku menulis entry ni..dengan suasana bilik yang begitu dingin dengan hujan renyai-renyai membasahi bumi ciptaan Allah SWT..hati aku begitu sayu sekali.. tambahan pula bila lagu alexender desplat..the meadow dimainkan..

entah kenapa..bila aku tulis blog sunyinya sekuntum lavender hati aku begitu sayu sekali..kadang-kadang aku sendiri menangis apa bila kenang kenangan lalu yang banyak aku tulis dalam blog ini..jatuh bangun aku sebagai seorang yang bergelar hamba kepada tuan empunya alam..

sunyi sayu sahaja bila aku lihat blog ni..bangkit kan semua kenangan aku dengan dia kala aku membaca 1 per 1 entry di dalam blog ni..blog yang tersergam sayu dengan kata-kata kekecewaan dari seorang insan bergelar lelaki..


ada betul juga cakap sahabat aku..kekecewaan tak semestinya selamanya..kita harus bangkit dan terus dengan kehidupan hari hari seterusnya..tapi entah la..aku sendiri bingung..
bingung..

kesibukkan aku mengejar cita-cita membuat kan aku lupa dengan kekecewaan yang pernah berlaku dalam hidup aku ini..kadang kadang aku sendiri menyibukkan diri..supaya aku dapat melupakan segala tentang dia..tapi..Allah maha kuasa..setiap saat setiap detik dan waktu..hanya diri nya sahaja didalam hati aku.. tak mudah untuk aku melupakan diri dia..adakah aku layak cari pengganti..

haha..

geli juga aku hati aku ini bila rakan-rakan aku pernah terpanculkan idea yang sememang nya layak untuk aku..
tapi siapalah aku untuk cari pengganti..aku bukannya artis..aku bukan filmstar..yang mempunyai rupa paras yang bergaya.. hahaha..

Andai Takdir aku dengan dia tak bersama..aku terima itu dengan hati yang terbuka..tapi percaya lah..


JIKA DIA ADALAH MILIK AKU

Deep down in my heart, you are my everything
SUNYINYA SEKUNTUM LAVENDER